SALMON: PEJUANG DIABETES


Apakah salmon?

Salmon adalah nama untuk beberapa jenis ikan dari keluarga Salmonidae. Ketika anda sedang membaca artikel ini, sila ambil perhatian bahawa mana-mana jenis salmon, dari salmon Atlantik kepada salmon merah jambu dan salmon merah, semuanya merujuk kepada terma yang sama.


Apakah keistimewaannya?

Salmon kaya dengan protein dan lemak yang tidak mengandungi sebarang kandungan karbohidrat, menjadikannya daging yang sempurna untuk pesakit diabetes dan pra-diabetes. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran asid lemak omega-3 yang terbukti mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, ia boleh mengawal penyakit lain seperti arthritis rheumatoid, asma dan ADHD.

Adalah disyorkan untuk anda memilih salmon liar berbanding salmon ladang kerana salmon ladang  mempunyai kandungan omega-3 yang kurang dan omega-6 yang lebih. Asid lemak omega-6 boleh menyebabkan keradangan dan masalah kesihatan yang lain jika kerap diambil sebagai makanan harian.

 

Siapakah yang sesuai memakan salmon?

Salmon boleh dimakan oleh kedua-dua pesakit diabetes dan pra-diabetes. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai alergi terhadap makanan laut atau ikan harus mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memakan salmon.

Walaupun tidak mempunyai kandungan karbohidrat yang boleh mengawal gula darah pesakit diabetes dan pra—diabetes, namun salmon masih menyediakan banyak nutrien yang penting dalam bentuk protein dan lemak.

Namun harus diingat, penggunaan minyak ikan salmon tidak sama dengan memakan ikan salmon. AMARAN! Adalah sangat tidak disyorkan untuk anda mengambil minyak ikan salmon tanpa kelulusan daripada doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu kerana salmon telah dikenal pasti boleh menyebabkan penipisan darah, di mana ia boleh membawa maut kepada mereka yang mengambil ubat penipisan darah atau mempunyai masalah darah seperti haemophilia.


via GIPHY


Bilakah saya harus memakan salmon?

Oleh kerana salmon mempunyai kandungan yang tinggi dalam protein dan lemak, adalah disarankan agar anda memakannya bersama-sama dengan beberapa karbohidrat lain semasa sarapan, atau makan tengahari jika boleh. Kandungan lemak dan protein ikan salmon sangat baik untuk anda memulakan hari anda dan mengekalkan momentum yang berterusan untuk anda kekal aktif.

 

Bagaimanakah ia dihidangkan?

Salmon terbaik disajikan dengan sendirinya dengan hiasan yang minimum. Ikan ini mempunyai rasa yang tersendiri dan menyenangkan selain memiliki minyak semulajadi sendiri, jadi penyediaan rumit tidak diperlukan. Sama ada anda memanggangnya dan memerahnya dengan lemon, atau menggorengnya di dalam kuali dengan beberapa bawang putih, atau mengukusnya dengan beberapa halia, daun bawang dan ketumbar secukup rasa, salmon sesuai digunakan dalam apa sahaja masakan.

Jika anda sedang mencari kelainan dalam masakan salmon, anda boleh cuba memasaknya dengan pasta, memakannya dengan nasi, atau bahkan membakarnya menjadi kaserol? Peminat karbohidrat pasti akan gembira apabila mengetahui bahawa salmon juga boleh dimakan dengan roti sandwic kegemaran anda!


via GIPHY