AVOKADO: jUARA NUTRISI


Apakah avokado?

Avokado adalah buah yang kebiasannya diliputi dengan kulit berwarna coklat atau hijau, mengandungi pulpa yang berwarna hijau kekuningan, dan mempunyai benih di tengah. Juga dikenali sebagai buaya pir, buah ini adalah salah satu daripada buah yang baik kerana memiliki kandungan lemak mono tak tepu yang tinggi. Oleh itu, avokado sangat sesuai untuk dimakan oleh pesakit yang mempunyai masalah jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kekurangan kolestrol dalam badan.


Apakah keistimewaannya?

Menurut WebMD, buah itu mengandungi hampir 20 vitamin dan mineral dalam setiap hidangan, termasuklah 1,200mg potasium yang membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Lemak mono tak tepu membantu meningkatkan kuantiti kolestrol yang baik (kolestrol LDL) di dalam aliran darah dan menurunkan kolestrol yang tidak baik (HDL kolestrol) pada masa yang sama.

Di samping itu, kandungan serat yang tinggi dalam buah mempunyai peranan yang penting dalam mengawal gula darah dalam badan. Hasil daripada bagaimana tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes berinteraksi, terdapat kemungkinan bahawa jika anda penghidap diabetes jenis 2, kandungan buah-buahan ini dapat membantu untuk menyembuhkan ketiga-tiga masalah kesihatan tersebut dengan lebih berkesan daripada mana-mana ubat yang lain.


via GIPHY


Siapakah yang sesuai untuk memakan avokado?

Avokado sangat selamat untuk dimakan secara sederhana oleh semua lapisan masyarakat, dan pesakit yang mempunyai kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, dan diabetes menerima manfaat yang paling banyak darinya. Pesakit diabetes biasanya mempunyai komorbiditi dengan kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi, jadi avokado sangat sesuai untuk mereka.

Bagi sesiapa yang sedang memotong karbohidrat dalam pelan pemakanan atau sedang menyesuaikan diri dengan diet karbohidrat rendah, avokado amat sesuai diambil sebagai makanan pilihan kerana  kandungan lemaknya yang cukup tinggi dan nutrisi yang disampaikan amat berguna untuk tubuh badan anda. Pilihan untuk menggantikan karbohidrat dengan makanan dengan lemak mono tak tepu seperti avokado berbanding lemak tepu berbahaya adalah pilihan yang paling selamat untuk kesihatan anda!


Bilakah saya harus memakan avokado?

Avokado boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Untuk mendapatkan rasa yang lebih baik, amat digalakkan untuk anda mensajikannya sebagai makanan tengah hari atau malam - kecuali jika anda seorang yang jenis memakan makanan enak di pagi hari, anda mungkin lebih suka mengunyahnya sebagai makanan ringan untuk makan tengah hari atau menjadikannya sebagai  hidangan penuh ketika makan malam.

 

Bagaimanakah avokado dihidangkan?

Secara tradisionalnya, avokado dihidangkan dengan makanan yang berkarbohidrat tinggi, dan itulah salah satu sebab mengapa anda perlu berhati-hati jika anda menjadikan avokado sebagai ramuan dalam pemakanan anda. Cengkerang nacho, keripik tortilla, dan tortilla merupakan makanan tradisional yang dihidangkan bersama sos popular; guacamole, sejenis hidangan yang mengandungi avokado di dalamnya. Sekiranya anda mempunyai pilihan, lebih baik untuk anda memakan avokado itu sendiri dan bukannya meletakkan avokado sebagai bahan dalam masakan anda. Mempunyai lebih banyak kawalan ke atas apa yang anda makan adalah sebahagian daripada cara untuk mengawal gula darah jika anda penghidap diabetes.

Avokado juga boleh dijadikan sebagai jem, puri, pengganti mentega atau minyak, ataupun sos di mana ia juga boleh menggantikan bahan yang menaikkan berat badan seperti mayonis atau krim salad. Jumlah bahan yang boleh ditukar kepada avokado adalah tak terbatas, dan tidak hanya terhad oleh imaginasi anda. Oleh kerana avokado mempunyai banyak kebaikan yang boleh menyihatkan tubuh badan anda, adalah lebih baik untuk anda menambahkan lebih banyak kandungan avokado sebagai hidangan penuh berbanding karbohidrat atau lemak tepu.


via GIPHY


Selamat mencuba!