Apakah kaitan antara diabetes dan wanita? Tahukah anda, walaupun diabetes boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, kajian mendapati bahawa wanita lebih cenderung untuk mendapat pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain berbanding dengan lelaki. Unik bukan?
Simptom yang dialami oleh lelaki dan wanita:
Simptom unik yang dialami wanita:
PENTING: Perlu diingat bahawa kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 tak menunjukkan sebarang simptom yang jelas.
Maklumat dalam artikel ini dikemukakan untuk tujuan pendidikan sahaja, dan tidak boleh menjadi pengganti kepada rundingan dengan pakar perubatan yang sebenar. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan lanjut, sila rujuk kepada pihak yang berkenaan.
Jika anda menghidap diabetes dan hamil atau bakal hamil, sangat penting untuk anda berbincang dengan doktor tentang cara terbaik untuk menguruskan kesihatan anda dan bayi anda. Paras gula darah dan seluruh kesihatan badan anda perlu diperiksa sebelum dan semasa anda hamil untuk mengelakkan kesihatan anda dan bayi anda terjejas.
Bagaimanakah diabetes boleh mempengaruhi wanita hamil? Ketika anda sedang hamil, gula darah dan keton mengalir menerusi plasenta kepada bayi. Bayi juga memerlukan tenaga daripada glukosa sama seperti anda tau! Walau bagaimanapun, bayi berisiko untuk mendapat kecacatan kalau kadar gula dalam darah anda tinggi. Hal inilah yang menjadi salah satu sebab kenapa ramai doktor tak menggalakkan wanita hamil meminum minuman keras.
Secara puratanya, 9.2% wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Disebabkan hormon kehamilan menggangu proses kerja insulin, tubuh badan anda akan mengimbanginya dengan menghasilkan lebih banyak insulin. Bagi sesetengah wanita, insulin ini masih lagi tak mencukupi, sekaligus menjadi punca kepada diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, diabetes gestati selalunya akan hilang dengan sendirinya selepas anda bersalin. Walau bagaimanapun, risiko anda untuk menghidap diabetes jenis 2 adalah sangat tinggi jika anda menghidap diabetes gestasi.
Anda lebih berisiko untuk menghidap diabetes jenis 2 jika anda:
Bukan itu sahaja, keadaan tubuh badan wanita yang unik juga membuatkan wanita sukar untuk mengurus diabetes dan gula darah mereka dengan mudah. Berikut adalah masalah yang sering dihadapi oleh wanita:
Diabetes merupakan masalah kesihatan yang sudah lama wujud, tetapi masih tiada penawar untuk penyakit tersebut sehinggalah ke hari ini. Kehidupan sebagai seorang wanita amat sukar, terutama dengan sifat biologi mereka yang seringkali tidak menentu.
Oleh itu, anda perlu lebih peka akan perubahan unik yang dialami oleh tubuh badan anda. Bukan itu sahaja, amat disarankan untuk anda sekurang-kurangnya mengetahui serba-sedikit tentang penyakit diabetes dan mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat untuk mencegah diabetes dalam tubuh badan anda daripada menjadi lebih parah. Anda boleh rujuk artikel kami yang lain jika anda ingin mengetahui cara untuk merancang pemakanan mengikut keperluan pemakanan yang seimbang.
Selamat maju jaya kepada wanita-wanita kuat di luar sana! Jangan biarkan diabetes mengganggu hidup anda!