KOMPLIKASI DIABETES


Acanthosis Nigricans


Apakah acanthosis nigricans?

Acanthosis nigricans adalah tompokan yang terbentuk pada kulit di bahagian badan yang berlipat (leher, ketiak, dan celah kangkang). Kawasan berikut cenderung untuk menjadikan kulit lebih gelap (hiperpigmentasi) dan menebal menjadi tekstur lembut (hiperkeratosis). Tanda-tanda ini menunjukkan simptom awal daripada pelbagai penyakit seperti obesiti, hipertiroidisme, sindrom ovarium polikistik (PCOS) atau diabetes.

Namun begitu, acanthosis nigricans bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan salah satu simptom yang boleh menyebabkan diabetes. 

Terdapat pelbagai jenis acanthosis nigricans, dan kategori diabetes termasuk dalam jenis acanthosis nigricans yang berkaitan dengan obesiti. Simptom ini paling biasa ditemui pada orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kegemukan disebabkan oleh peningkatan ketahanan insulin dalam badan – bentuk awal bagi pra-diabetes dan diabetes jenis 2.

Diagnosis awal boleh dilakukan melalui pengesahan visual daripada kawasan kulit yang terjejas oleh doktor. Walaupun ujian darah dan kulit juga boleh dilakukan, namun diagnosis visual masih perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang kemungkinan lain yang boleh membentuk acanthosis nigricans seperti PCOS atau ubat-ubatan lain.

Acanthosis nigricans yang berkaitan dengan obesiti boleh dirawat dengan melakukan penurunan berat badan melalui aktiviti fizikal dan mengawal tabiat makan melalui diet rendah insulin yang sesuai untuk diikuti oleh pesakit diabetes dan pra-diabetes. Kawasan kulit yang terjejas akan kembali kepada keadaan asalnya jika anda mematuhi rawatan yang disarankan oleh doktor.

Satu lagi bentuk acanthosis nigricans adalah jenis malignant. Biasanya ia terjadi dalam kalangan  pesakit yang berusia lebih dari 40 tahun. Bentuk malignant acanthosis nigricans juga merupakan penunjuk bahawa terdapat kerosakan dalaman dalam anggota badan lain seperti kanser saluran gastrousus atau uterus. Lain-lain jenis kanser yang kurang berlaku seperti kanser ovari, payudara, paru-paru, dan prostat juga seringkali dikaitkan dengan malignant adenocarcinoma.

Jika anda merasakan bahawa anda mengalami salah satu daripada jenis acanthosis nigricans di atas, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Maklumat dalam artikel ini hanyalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh digantikan dengan nasihat perubatan daripada doktor. Anda hendaklah berunding dengan pakar perubatan yang diiktiraf jika anda mengesyaki diri anda mengalami komplikasi acanthosis nigricans.