MITOS-MITOS Makanan bagi pesakit diabetes


Sebelum anda mengeluh tentang bagaimana keadaan diabetes menghalang anda daripada mengambil sebarang makanan dan minuman kegemaran anda, terdapat beberapa kebenaran yang perlu anda ketahui:

 

1. Makanan manis seperti gula-gula dan kek dibenarkan sekali-sekala untuk pesakit diabetes.

Makanan manis seperti gula-gula, pai, kek, dan pastri pernah menjadi bahan makanan terlarang untuk pesakit diabetes. Sekarang, ianya tidak lagi berlaku.

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kanji seperti kentang dan roti putih mempengaruhi paras glukosa darah anda sama seperti gula lakukan, dan kadangkala ianya boleh mengakibatkan kadar kenaikan yang bahaya kepada gula darah anda. Berbeza dengan karbohidrat yang terdapat dalam kebanyakan sayur-sayuran atau bijirin pula, ianya tidak banyak mempengaruhi gula darah dalam badan anda.

Hari ini, menghitung karbohidrat dan memilih makanan yang paling sihat adalah lebih penting daripada melenyapkan gula dalam diet seseorang. Memakan makanan manis sekali-sekala adalah dibenarkan - sekurang-kurangnya sepotong kek yang sangat kecil. Untuk mereka yang menjaga pengambilan gula dalam pemakanan harian, anda boleh menukar glukosa dengan karbohidrat lain seperti kentang kecil atau sekeping roti putih ke dalam makanan anda.

Jika anda benar-benar sukakan makanan manis, pilih pencuci mulut, gula-gula, dan soda yang diperbuat daripada pengganti gula. Banyak pemanis tiruan yang tidak mengandungi karbohidrat atau kalori, jadi anda boleh memakannya sebanyak mana yang anda mahu. Bagi pemanis tiruan yang mempunyai karbohidrat pula, ia diserap ke dalam darah lebih perlahan daripada gula. Anda tak perlu risau untuk memakannya kerana ia tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada paras gula darah dalam badan anda.


via GIPHY


2. Segelas wain dengan makan malam dibolehkan untuk mereka yang menghidap diabetes.

Sudah tentu alkohol boleh diminum jika diambil secara bersederhana. Pakar mengesahkan bahawa wanita boleh meminum minuman beralkohol sekali sehari, manakala lelaki pula boleh meminumnya 2 kali sehari. Walau bagaimanapun, jumlah pengambilan alkohol yang diminum haruslah dalam kuantiti yang sedikit. 4 auns wain atau 12 auns bir adalah bersamaan dengan satu hidangan. 1.5 auns minuman keras juga bersamaan dengan jumlah hidangan yang sama seperti wain dan bir.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi pesakit diabetes untuk keadaan-keadaan tertentu: Mereka yang mempunyai tahap gula darah yang tidak terkawal atau yang mengalami kerosakan saraf  tidak boleh meminum minuman beralkohol seperti yang disarankan oleh ahli profesional. Jadi jangan curi-curi meminumnya pula ya!


via GIPHY


3. Makanan serat yang tinggi seperti kacang dapat mengurangkan kadar gula darah anda.

Diet serat yang tinggi (lebih daripada 50 gram sehari) telah terbukti membantu mengurangkan tahap gula darah dalam badan anda. Badan anda akan mencernakan makanan yang kaya dengan serat dengan lebih perlahan. Dengan kata lain, glukosa diserap ke dalam darah anda secara beransur-ansur untuk membantu menyederhanakan kadar gula darah dalam badan anda.

Tetapi harus diingat, anda perlu makan diet serat yang sangat tinggi untuk mencapai kesan ini tau!

Untuk mereka yang berazam untuk menurunkan berat badan, diet khas ini boleh membantu anda dalam mengurangkan tahap kolestrol dan berat badan serta membuatkan anda merasa lebih kenyang. Beberapa pilihan makanan yang mengandungi serat yang boleh anda masukkan dalam makanan harian anda termasuklah buah-buahan segar, sayur-sayuran, roti bijirin, keropok, dan bijirin bran. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa berhati-hati dan memeriksa label makanan yang mengandungi karbohidrat. Banyak makanan serat tinggi mengandungi gula tambahan untuk menjadikan rasa makanan lebih sedap.

Sila berunding dengan doktor atau ahli pemakanan untuk mengesahkan sama ada diet ini optimum untuk keperluan makanan anda atau tidak.


via GIPHY


4. Pemanis tiruan adalah alternatif yang selamat untuk pesakit diabetes.

Dengan pemanis rendah kalori, anda boleh mempunyai rasa manis yang rasanya sama seperti gula tanpa kalori tambahan! Pemanis tiruan seperti sakarin dan aspartam tidak mempunyai kalori atau karbohidrat, jadi kandungan tersebut boleh ditambah ke dalam pelan pemakanan anda dan tidak perlu diganti dengan karbohidrat lain.

Malah, untuk mereka yang gemar membuat kek tetapi sangat menjaga akan pengambilan gula, beberapa pengganti gula baru seperti laktitol sangat baik untuk dijadikan salah satu bahan dalam membuat kek. Laktitol mempunyai "berat" yang sama dengan gula biasa. Namun, ia mempunyai separuh kalori gula dan tidak menaikkan kadar gula darah dalam badan anda dengan cepat seperti gula.


via GIPHY


Selesai! 4 perkara yang mungkin anda tidak ketahui sebelum ini telah didedahkan dan boleh menjadi alternatif dalam diet harian anda.

Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah cadangan daripada profesional perubatan sebenar. Sebelum mengambil sebarang pengecualian makanan, sila berunding dengan doktor anda sama ada anda mampu berbuat demikian atau tidak kerana sekatan diabetes adalah berbeza bagi setiap pesakit.