Oat: nutrisi padat


Oat dibuat dari oat groat dalam bentuk mentah yang tidak boleh dimakan. Oat terdapat dalam pelbagai bentuk termasuklah steel-cut oats, stone-ground oats, rolled oats, dan instant oats.

  • Steel-cut oats dan stone-ground oats tidak diproses seperti oat biasa, tidak boleh dimakan dalam bentuk mentah, dan mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak daripada oat biasa - bermula dari setengah jam hingga 45 minit bergantung kepada jumlah dan jenis oat yang digunakan.
  • Rolled oats boleh dimakan sendiri atau dijadikan oat dalam kira-kira 10 minit.
  • Instant oats adalah sejenis oat biasa yang cepat untuk dimasak, selalunya mengambil masa tidak lebih daripada satu atau dua minit untuk disediakan.

 

Apakah keistimewaannya?

Oat adalah makanan yang sempurna untuk pesakit diabetes mahupun bukan kerana kandungannya yang padat dengan nutrisi. Bagi mereka yang baru mengenali oat, oat mempunyai indeks glikemik yang sangat rendah (GI), iaitu sebanyak 55 setiap 250gm. Oat GI sangat penting bagi pesakit diabetes mengawasi gula darah mereka kerana paras gula darah yang terlalu tinggi atau rendah boleh membahayakan kesihatan jika tidak dipantau sepanjang masa.

Mereka yang menderita diabetes biasanya berisiko untuk mendapat kolestrol darah tinggi. Oat adalah salah satu daripada beberapa makanan yang kaya dengan beta glukans yang telah terbukti boleh menurunkan kolestrol darah tinggi dan mengekalkannya pada paras yang normal.

Selain itu, sebagai makanan GI yang rendah, pengeluaran karbohidrat yang perlahan selepas memakan oat membolehkan anda merasa lebih kenyang untuk jangka waktu yang lama. Makanan seperti nasi putih atau roti putih pula mempunyai GI yang tinggi, menyebabkan karbohidrat dalam makanan tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dengan terlalu cepat, dan seterusnya mengakibatkan kuantiti gula darah meningkat dengan pantas. Walaupun kenaikan gula darah tidak selalunya berbahaya, namun ia boleh menyebabkan bahaya yang kritikal kepada pesakit diabetes. Namun usah risau bagi peminat oat, kerana oat adalah salah satu "makanan yang selamat" yang sentiasa melepaskan tenaga secara terkawal.


via GIPHY


Siapakah yang sesuai untuk memakan oat?

Oat sangat sesuai untuk dimakan oleh pesakit pra-diabetes, diabetes jenis 1 atau 2, dan mereka yang mempunyai kolestrol darah yang tinggi. Ia juga boleh dimakan oleh sesiapa sahaja kerana kelebihannya yang lebih banyak daripada keburukan. Namun demikian, anda masih perlu berhati-hati sebelum membeli instant oats di mana-mana pasaraya kerana ia boleh mengandungi pelbagai jenis gula, garam, dan lemak yang berlebihan untuk menyedapkan rasa oat itu sendiri. Jadi, sila perhatikan label terlebih dahulu semasa berbelanja ya!

 

Bilakah saya harus memakan oat?

Oat merupakan makanan sarapan pagi yang secara tradisinya diamalkan oleh orang Scotland dan Ireland, dan manfaatnya masih kekal sama sehingga ke abad ke-21 ini. Sebagai makanan GI yang rendah, pelepasan karbohidrat secara perlahan membolehkan anda merasa lebih kenyang untuk jangka waktu yang lama. Oleh sebab itu, oat sangat digalakkan untuk diambil sebagai sarapan pagi.

Alternatif lain adalah untuk memakannya selepas bersenam kerana tubuh badan memerlukan tenaga tambahan selepas habis digunakan untuk senaman. Daripada anda merosakkan tubuh badan anda dengan mengambil kuantiti makanan yang banyak selepas bersenam, adalah lebih baik untuk anda ambil oat kerana ia boleh mengenyangkan dan mengelakkan anda daripada memakan makanan yang berlebihan.

 

via GIPHY


Bagaimanakah ia dihidangkan?

Sebagai makanan bijirin, oat adalah makanan serba boleh dan fleksibel untuk dihidangkan dengan apa sahaja.

Satu perkara yang perlu diperhatikan ketika membeli oat adalah dengan membaca label nutrisi pada paket instant oats. Instant oats tidak digalakkan berbanding dengan jenis oat yang tidak diproses disebabkan oleh jumlah bahan-bahan lain yang ditambah semasa pemprosesan untuk membolehkannya dimasak dengan cepat. Antara bahan-bahan terlarang yang perlu diperhatikan pada paket oat adalah gula, garam (natrium), kandungan lemak, bahan pengawet dan pewarna makanan.

Nampak menarik untuk anda menambah sebarang hiasan dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk oat yang kosong, tetapi anda perlu berhati-hati akan GI bagi keseluruhan bahan-bahan tersebut. Jika anda menggunakan susu dan bukannya air untuk memasak oat, jangan lupa bahawa ia mengandungi karbohidrat juga ya! Bukan itu sahaja, walaupun kacang dan semua jenis buah-buahan sesuai untuk dimasukkan ke dalam oat, tetapi anda perlu ingat bahawa terdapat kandungan lemak pada kacang dan gula dalam buah-buahan. Kegagalan dalam mengenal pasti kandungan yang terdapat dalam makanan boleh menyukarkan anda untuk mendapat tahap kesihatan yang normal, terutamanya bagi mereka yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan.


via GIPHY