PRA-DIABETES


Adakah anda berhadapan dengan risiko diabetes?

Setelah anda mengetahui asas-asas diabetes, anda mesti mempunyai banyak soalan untuk diajukan kepada diri sendiri, bukan? Sebelum itu, perkara paling penting untuk anda ketahui adalah anda perlu memahami isu diabetes ini dengan lebih meluas. Pra-diabetes adalah keadaan di mana paras gula darah seseorang lebih tinggi daripada paras gula darah normal, tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes.

Paling utama sekali, pra-diabetes tidak selalunya menunjukkan sebarang simptom, dan untuk kebanyakan pesakit, simptom pra-diabetes tidak kelihatan langsung. Simptom senyap ini boleh  menyebabkan pesakit bakal berhadapan dengan diabetes jenis 2 jika tidak dicegah lebih awal.

Perlu diingat bahawa artikel dan senarai semak ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti kepada nasihat pakar perubatan profesional. Penulis bagi halaman ini bukanlah seorang doktor yang berkelayakan. Bergantung kepada fisiologi badan seseorang, simptom juga mungkin berbeza bagi setiap pesakit ke pesakit yang lain.

Berikut merupakan soalan yang boleh anda tanyakan kepada diri anda sendiri jika anda berisiko untuk mendapat penyakit pra-diabetes:

  • Adakah anda mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga anda?
  • Adakah anda berusia lebih dari 40 tahun?
  • Adakah anda menjalani gaya hidup yang tidak aktif?
  • Adakah anda mempunyai berat badan yang berlebihan? Adakah lebihan lemak itu berpusat pada perut anda?
  • Adakah anda mempunyai tekanan darah tinggi?
  • Adakah anda mempunyai kolesterol darah tinggi?
  • Adakah anda dari etnik Asia, Afrika, Hispanik, atau Amerika-India?

Jika anda bimbang akan kemungkinan yang anda mungkin menghidap pra-diabetes, sila berjumpa dengan doktor anda untuk menjalani ujian diabetes dengan segera. Sekiranya anda menjawab ‘ya’ bagi tiga hingga lima daripada soalan yang dikemukakan di atas, besar kemungkinan anda bakal berhadapan dengan risiko diabetes. Jika hal ini terjadi, usah bimbang. Dapatkan nasihat pakar perubatan dengan serta-merta. Bantuan sentiasa ada di luar sana, anda hanya perlu mencarinya!