RISIKO PENGAMBILAN ALKOHOL


Sekiranya anda telah membaca artikel kami yang lain mengenai makanan apa yang baik untuk pesakit diabetes dan pra-diabetes, maka ini adalah sesuatu yang unik untuk anda pertimbangkan dalam pelan pemakanan harian anda.

Maklumat dalam artikel ini dikemukakan untuk tujuan pendidikan sahaja ya, dan tidak boleh menjadi pengganti kepada rundingan dengan pakar perubatan sebenar. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan lanjut, sila berjumpa dengan pihak yang berkaitan seperti yang disarankan di atas.

 

Kesan Alkohol pada Diabetes

Alkohol diproses dalam badan yang sama dengan cara lemak diproses - mengandungi hampir banyak kalori. Oleh itu, jika anda menghidap diabetes dan merancang untuk meminum minuman beralkohol, sila ambil perhatian bahawa ia boleh menyebabkan gula darah anda meningkat. Anda hanya boleh  meminum arak sesekali sahaja dan jika anda boleh mengawal paras gula darah dengan baik. Untuk makluman anda, satu minuman alkohol dikira sebagai dua pertukaran lemak. Agak bahaya, bukan?


via GIPHY


Berikut adalah beberapa cara alkohol boleh menjejaskan diabetes:

  • Jika jumlah alkohol yang sederhana boleh menyebabkan gula darah dalam badan anda meningkat, alkohol yang berlebihan pula dapat menurunkan tahap gula darah anda, dan kadangkala boleh menyebabkannya jatuh ke dalam paras yang berbahaya
  • Bir dan wain manis mengandungi karbohidrat dan boleh meningkatkan gula darah
  • Alkohol merangsang selera makan anda dan boleh menyebabkan anda makan terlalu banyak di mana seterusnya ia boleh menjejaskan kawalan gula darah dalam badan anda
  • Alkohol boleh mengganggu kesan positif ubat lisan untuk pesakit diabetes atau insulin
  • Alkohol boleh meningkatkan tahap trigliserida
  • Alkohol boleh meningkatkan tekanan darah

via GIPHY


Cara Meminum Minuman Beralkohol Dengan Lebih Bertanggungjawab

  • Jika anda menghidap diabetes dan masih mahu meminum alkohol, sila pertimbangkan garis panduan diet di bawah:
  • Jangan minum lebih daripada 2 minuman beralkohol dalam tempoh sehari. (Contoh: 1 minuman beralkohol = 5 auns gelas wain, 1 ½ auns minuman keras atau 12 auns bir)
  • Elakkan meminum minuman campuran "manis", wain manis, atau kordial
  • Minum alkohol hanya dengan makanan
  • Minum perlahan-lahan
  • Campurkan minuman keras dengan air atau minuman ringan diet

via GIPHY


Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan lanjut, sangat disarankan agar anda berunding dengan doktor anda terlebih dahulu, terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan mempunyai tekanan darah tinggi atau tahap trigliserida tinggi. Kadar gula darah tinggi yang berpanjangan boleh memburukkan keadaan diabetes anda, dan ketidakpatuhan kepada arahan doktor sama ada anda boleh mengambil minuman beralkohol atau tidak amat berpotensi untuk membawa maut. Oleh itu, nasihat perubatan dari pakar yang bertauliah haruslah dipatuhi dengan tegas.

Jika anda ingin terus sihat, sila makan dengan baik dan minum dengan lebihbertanggungjawab!