SIMPTOM-SIMPTOM HIPOGLIKEMIA


Kenali hipoglikemia dengan lebih mendalam

Seperti yang dijelaskan dalam artikel sebelumnya, hipoglikemia berlaku atas pelbagai sebab, tetapi simptom-simptom yang dihidapi oleh pesakit hipoglikemia tetap sama. Berikut adalah senarai beberapa simptom yang biasa dialami oleh pesakit hipoglikemia berserta penjelasan ringkas mengenai faktor yang menyumbang kepada simptom tersebut.

Simptom Adrenergik

Simptom adrenergik adalah simptom yang lebih tertumpu kepada pembebasan adrenalin dan noradrenalin. Adrenalin dan noradrenalin adalah hormon yang mengawal sistem adrenal dalam tubuh badan dan mempengaruhi nadi serta tekanan darah. Ia juga bertanggungjawab terhadap tindak balas lari atau lawan di mana ia boleh mempengaruhi badan kita dalam masa beberapa minit. Antara simptom-simptom adrenergik adalah:

  • Menggeletar
  • Berpeluh
  • Tangan bergetar¬∑
  • Jantung berdegup kencang
  • Kelaparan


via GIPHY


Simptom-simptom ini biasanya muncul sekaligus, dan boleh disebabkan oleh faktor lain seperti perasaan cemas, serangan panik, atau lebihan pengambilan kafein. Hipoglikemia seringkali dikelirukan dengan komplikasi lain kerana persamaannya yang terlalu jelas. Jika anda mempunyai masalah untuk membezakan hipoglikemia dengan komplikasi lain, sila tanya soalan berikut kepada diri anda terlebih dahulu:

  • Bilakah kali terakhir saya makan?
  • Apa yang ada dalam makanan saya?
  • Adakah saya mempunyai perasaan cemas?
  • Adakah ini disebabkan oleh faktor luaran dan bukannya faktor dalaman?
  • Adakah ini kesan sampingan daripada ubat yang saya ambil? (Ubat anti-depresi, anti-keresahan)
  • Adakah saya minum apa-apa sahaja yang mengandungi kafein di dalamnya? (Kopi, teh, minuman bertenaga)

via GIPHY


Jika jawapan kepada dua soalan pertama anda adalah "suatu masa dahulu" dan "banyak karbohidrat", maka komplikasi tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan hipoglikemia. Manakala jawapan kepada empat soalan lain sangat membantu untuk anda menentukan bahawa penyebab kepada simptom-simptom tersebut adalah daripada sumber luar dan tidak berkait langsung dengan hipoglikemia. Walau bagaimanapun, soalan-soalan ini bukanlah suatu garis panduan yang wajib anda ikuti.

Perlu diingat bahawa simptom-simptom hipoglikemia dalam konteks ini tidak semestinya tepat. Ia diukur berdasarkan kepada konsistensi yang berlaku ketika tahap glukosa darah dalam badan rendah.


Simptom Neuroglikopenik

Simptom neuroglikopenik atau juga dikenali sebagai glikopenia adalah sifat neurologi yang berlaku kerana kekurangan glukosa di dalam otak. Perkataan "neurologi" di sini bermaksud keadaan yang dipengaruhi adalah lebih bersifat mental daripada fizikal, dan simptom yang terlibat agak sukar untuk dipastikan hanya daripada satu pandangan. Namun demikian, gambaran keadaan yang lebih menyeluruh boleh dilakukan dengan gabungan pemerhatian visual dan verbal oleh pesakit. Antara simptom yang perlu diambil perhatian adalah:  

  • Mudah marah
  • Keletihan
  • Perubahan emosi
  • Lemah tubuh badan
  • Sukar untuk menumpukan perhatian
  • Sakit kepala
  • Kekeliruan
  • Perubahan personaliti / tingkah laku aneh
  • Amnesia

via GIPHY


Simptom-simptom di atas tidak semestinya berlaku sekaligus bagi pesakit hipoglikemia. Anda perlu segera berjumpa dengan doktor jika glukosa darah anda rendah ketika anda mengalami simptom-simptom di atas secara konsisten.


Sekali lagi diingatkan bahawa maklumat di atas tidak boleh menjadi pengganti kepada nasihat perubatan oleh doktor yang berkelayakan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar perubatan yang sah jika anda merasakan bahawa anda mengalami hipoglikemia.